Bride 2 Be

Daisypath Wedding tickers

Khamis, 17 Mei 2012

Apa Yang Baru??

Assalamualaikum..

Maaf ya kawan-kawan sekalian, dah lama Fara tak update belog..
Semuanya sebab kekangan masa.. huhu..
Sekarang ni cuti semester bagi matrikulasi..
Kemasukan pelajar baru pada 28hb Mei 2012 nanti..
Jadinya, pejabat memang sibuk dengan panggilan2 dari ibubapa dan pelajar sendiri..
Memang tak menang tangan nak jawab panggilan..
Maaflah bagi yang terpaksa menunggu lama, talian kami memang sibuk sangat..
Tapi kami cuba untuk menjawab semua soalan sebaik mungkin..
Kadang-kadang rasa letih juga nak menjawab soalan yang sama berkali-kali..

Tapi dalam bekerja ni mestilah ikhlas..
Nak tak nak, dah memang tanggungjawab kita..
Bagi mereka yang tanya soalan kat portal tu, aku reply guna e-mail je..
Tapi hati rasa puas bila orang mengucapkan terima kasih..
Rasa sangat dihargai.. Terima kasih kembali.. =)

Jadi, korang tanya, apa yang baru??
Aku cuma boleh jawab, header belog je yang baru..
Hehehehehe.. Sori..
Nak update macam2 tapi kamera rosak pulak..
Haishh.. sabar je lah..


 
sebelah tu adik aku, bunga2 ni pula adalah bunga2 hantaran masa tunang dulu.. hehehe..


P/s : Terima kasih kepada Fyna.. Tutorial Fyna sangat membantu untuk buat header baru ni..

Selasa, 10 April 2012

Dugaan..

Assalamualaikum..

Nak cerita ringkas je.. Ahad lepas kereta aku terlibat kemalangan.. Kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi.. Aku dan mama keluar nak ke rumah imam, aku yang drive.. Jalan dalam taman kan banyak bendul.. Aku kira perlahan la, entah macam mana keluar 1 motor dari lorong tu, laju sangat! Aku dah tergamam, kereta memang dah berhenti, pasrah je la dia langgar kereta aku.. Sebabnya dari arah depan pun ada kereta lain, kereta aku dah tak boleh mengelak ke mana2.. Apapun, Alhamdulillah sangat aku dan mama tak apa-apa.. Budak tu, dah la tak ada lesen, tak pakai helmet, motor tu pulak motor orang lain.. Semalam pergi hantar kereta ke Perodua, claim insurans sendiri la gamaknya.. Senang, aku malas nak bising2.. Aku anggap apa yang berlaku ni dugaan Allah.. Aku harap, setelah apa yang berlaku, budak tu dapatlah pengajaran.. Sayanglah nyawa tu dik, hargailah jugak nyawa orang lain..













Harap my lil' green viva ni cepat2 keluar dari klinik ya.. Miss you damn much!!


P/S : kadang2 kita dah berhati2, tapi orang lain yang tak hati2..
        tapi walau apapun, jadilah pengguna jalanraya yang berhemah..

Rabu, 4 April 2012

Ada Apa Dengan 4485??

Assalamualaikum..

Ramai kawan tanya, kenapa aku suka nombor 4485?? Mana yang rapat tu mestilah tahu sebabnya.. Email aku ada 4485, belog aku ada 4485, nombor flat kereta pun 4485.. Aku suka nombor ni tak bermaksud aku percaya pada nombor bertuah k.. Huhu.. Aku suka 4485 sebab aku dilahirkan pada 4hb April 1985.. Huhu.. Ya hari ini adalah hari lahirku yang ke-... Sila buat kira2 sendiri.. =P

P/s : tak ku sangka rupanya ramai yang sama tarikh lahir dengan aku.. huhu.. antaranya Ekin, bakal ibu muda kita.. huhuhu..

menghitung hari..

Selasa, 13 Mac 2012

Inspirasi Bunga Tangan...

Assalamualaikum..

Bunga tangan dengan pengantin perempuan memang tak dapat dipisahkan.. Bagai hilang seri pengantin jika bunga tangan tiada.. Jika dulu2, bunga tangan selalunya dari bunga segar mahupun bunga tiruan.. Sekarang, ramai yang telah berani mencuba idea2 baru bagi mendapatkan bunga tangan yang unik & cantik.. Kat sini aku nak kongsi hasil peng'Google'an aku.. hehehe...







Dari kertas.. Yang ni kena pandai origami.. Comel!!






Dari kertas juga.. Nampak macam mudah.. =)






Dari kertas juga.. Cantik!!






Dari kertas crepe.. Macam bunga betul je.. Uhu..






Dari kertas felt.. Aku setakat buat daun dia boleh la kot.. Hehehe...






Dari kertas tisu.. Sweet je.. Guna kertas crepe pun boleh kot..






Dari kertas, tisu & pearl.. Suka jugak yang ni..






Dari fabrik.. Tak tercapai akal ku.. huuu..






Akhir sekali, dari kertas & tisu.. Cantik!! Warna-warni.. =)





Buat B2B yang rajin mengDIY, rasanya kamu boleh cuba idea2 ni.. Rasanya bukan setakat bunga tangan, kamu boleh juga cuba untuk buat centrepiece or else... Mengikut kreativiti masing2 yer..

Selamat mencuba.. =)

Jumaat, 9 Mac 2012

Melawat London WM..

Assalamualaikum..

Lama kan tak update blog.. Sejak seminggu yang lalu aku tak berapa sihat.. Sering sakit kepala.. 2 hari lepas baru sahaja pergi ke Klinik Otorinolaringologi @ Klinik Pakar Telinga, Mulut & Hidung.. Doktor beritahu yang hidung & mata aku kena jangkitan kuman, dan dah melarat ke kawasan tekak & telinga.. Tapi aku pun tak faham apa kaitan jangkitan kuman, dengan sakit kepala yang aku alami ni.. Huhu.. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah berkurangan sakitnya.. =)

Ok, sambung semula tajuk kita.. 25hb Feb hari tu, aku ke London Weight Management di BP Mall bersama Kak Fidah, opismate aku.. Kami pergi sebab dapat rawatan percuma, apa lagi.. Tak lepas peluang lah.. hehehe..

Lebih kurang ja,1.30petang kami sampai.. Kak Fidah masuk dulu bilik perunding London tu.. Aku cuak juga la bila duduk tunggu kat sofa tu sorang2.. Lepas tu, consultant aku pun datang jemput aku masuk bilik dia.. Dalam bilik perunding tu, macam2 lah yang dia tanya.. Dari segi pemakanan, semualah dia akan bincangkan..  Lepas tu, dia bawa aku ukur berat & tinggi.. Bermulalah sesi rawatan PERCUMA aku tu.. huhu..



Kak Fidah bersama freegift nya.. hehehe..



Di akhir sesi, Kak Fidah berjaya turunkan 1.7kg, dan aku 1.4kg.. Seronok ok.. Diorang ramah sangat.. Macam2 tips yang diorang kongsikan.. Aku paling suka tips diet diorang..

Kat sini aku share dengan kalian;

SARAPAN!!
-sarapan jangan tinggal..
-makan makanan yang boleh buat kalian kenyang..
-elakkan nasi, roti canai, dll (kalori tinggi)..


T.HARI!!
-korang boleh makan nasi, tapi separuh cawan je..
-lebihkan sayur..

MAKAN MALAM!!
-makan makanan yang mudah hadam..
-cth terbaik, oat, buah, sup sayur..

Kalau korang LAPAR jugak????
-banyakkan minum air kosong!!
-banyakkan makan buah..
-elakkan makan biskut!! (kalori tinggi tapi xmampu buat korang kenyang!!)
-elakkan makan kerepek, keropok, apa2 jajan lah..


Ok. Selamat berdiet..
Wassalam..